Rabu, 15 Disember 2021

[PARLIMEN] Mata wang kripto tidak diiktiraf di Malaysia

 Oleh ASLINDA NASIR

YAMANI HAFEZ MUSA

KUALA LUMPUR : Mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum tidak diiktiraf di Malaysia sebagai mata wang yang sah diperlakukan untuk digunakan dalam urus niaga harian.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, mata wang itu juga bukan instrumen pembayaran yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

“Mata wang kripto tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran disebabkan mata wang ini tidak menunjukkan ciri universal wang.

“Secara umumnya, mata wang kripto bukan penyimpan nilai dan medium pertukaran yang baik disebabkan keadaan mata wang kripto yang terdedah kepada turun naik harga yang tidak menentu dan pendedahan kepada ancaman siber dan kekurangan daripada segi boleh skala,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) meminta kerajaan menjelaskan pendirian berhubung penggunaan mata wang kripto dalam urus niaga harian.- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: