Ahad, 19 Disember 2021

20 laluan ditutup sementara berikutan banjir kilat

Seorang penunggang motosikal terjatuh ketika meredah banjir kilat yang terjadi akibat limpahan air dari Sungai Damansara dan mengakibatkan jalan di Batu 3 Lebuhraya Persekutuan ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan. - Foto BERNAMA
Seorang penunggang motosikal terjatuh ketika meredah banjir kilat yang terjadi akibat limpahan air dari Sungai Damansara dan mengakibatkan jalan di Batu 3 Lebuhraya Persekutuan ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan. - Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Polis menutup 20 laluan yang dinaiki air susulan banjir kilat yang melanda beberapa daerah di Selangor, sejak malam tadi.

Kesemua laluan itu membabit beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu IPD Petaling Jaya, IPD Klang Utara, IPD Sungai Buloh, IPD Subang Jaya, IPD Sepang dan IPD Kuala Langat dan IPD Shah Alam.

Menerusi maklumat yang dikongsi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, IPD Petaling Jaya menutup laluan pusingan U keluar dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang) menghala ke bulatan lapangan terbang; lorong motosikal susur masuk ke lapangan terbang serta laluan ke lapang sasar Subang.

IPD Klang Utara menutup Lebuhraya Shapadu manakala IPD Sungai Buloh lima laluan iaitu Jalan Merbau, Kampung Melayu Subang, Jalan Sungai Plong; Jalan Gajah 2/3; Jalan Gajah 2/4 dan Jalan Gajah 16.

Beberapa orang awam dilihat meredah banjir kilat yang terjadi akibat limpahan air dari Sungai Damansara dan mengakibatkan jalan di Batu 3 Lebuhraya Persekutuan ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan. - Foto BERNAMA
Beberapa orang awam dilihat meredah banjir kilat yang terjadi 
akibat limpahan air dari Sungai Damansara dan mengakibatkan 
jalan di Batu 3 Lebuhraya Persekutuan ditenggelami air dan
tidak boleh dilalui oleh kenderaan. - Foto BERNAMA

Beberapa buah kenderaan yang rosak ditenggelami banjir kilat yang terjadi akibat limpahan air dari Sungai Damansara dan mengakibatkan jalan di Batu 3 Lebuhraya Persekutuan ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ketika tinjauan hari ini. - Foto BERNAMA
Beberapa buah kenderaan yang rosak ditenggelami banjir kilat 
yang terjadi akibat limpahan air dari Sungai Damansara dan 
mengakibatkan jalan di Batu 3 Lebuhraya Persekutuan 
ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ketika 
tinjauan hari ini. - Foto BERNAMA

Keadaan banjir kilat akibat limpahan air dari Sungai Damansara mengakibatkan Jalan di Batu 3, Lebuhraya Persekutuan ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan. - Foto BERNAMA
Keadaan banjir kilat akibat limpahan air dari Sungai Damansara 
mengakibatkan Jalan di Batu 3, Lebuhraya Persekutuan 
ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan. - 
Foto BERNAMA

IPD Sepang turut menutup lima laluan iaitu Jalan Labu Lanjut/Taman Dataran Abadi, Jalan Kota Warisan/Bandar Baru Salak Tinggi, Jalan Bukit Canggung/ Bandar Baru Salak Tinggi, Jalan Salak/Sepang dan Jalan Kampung Ginching (hadapan Masjid).

IPD Shah Alam pula menutup laluan Jalan Kota Kemuning Lebuhraya Shah Alam (KESAS); Lebuhraya Persekutuan; Seksyen 13 dan Jalan HICOM.

Sementara satu laluan ditutup IPD Subang Jaya iaitu di Kampung Bukit Lancong Putera Heights dan Jalan Kebun dari Shah Alam ke Banting pula ditutup IPD Kuala Langat.

Tiada ulasan: