Rabu, 21 Julai 2021

Warga emas didenda RM55,800 buka pusat urut tanpa lesen

 Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 81 tahun didenda sebanyak 18,000 dolar Singapura (RM55,800) kerana menjalankan aktiviti mengurut tanpa lesen serta gagal menghalang pekerjanya menawarkan perkhidmatan seks.

Lapor Channel News Asia, suspek, Too Seng San mengaku bersalah atas dua pertuduhan kerana menjalankan operasi Tai Kang Yang Seng TCM Therapy di Blok 201, Jalan Hougang 21, 17 April tahun lalu.

Dua lagi pertuduhan termasuk menjalankan perniagaan ketika premisnya tidak dibenarkan beroperasi semasa sekatan Covid-19.

Mahkamah mendapati Too merupakan pemilik tunggal perniagaan dan mengutip keuntungan di premis tersebut.

Tertuduh mempunyai empat pekerja wanita yang merupakan warganegara China berusia antara 33 hingga 42 tahun.

Mengikut fakta kes, sekitar pukul 12.15 tengah hari, 17 April tahun lalu, Cheow Jie Min, 32, memasuki premis tersebut melalui pintu belakang ketika sesiapa tidak dibenarkan keluar rumah bagi tujuan tidak penting.

Pelanggan itu bertanyakan tentang perkhidmatan mengurut dan tukang urut itu membawanya ke bilik mandi di tingkat satu.

Selepas lelaki itu mandi, dia terus ke bilik rahsia untuk mengurut.

Tukang urut kemudian menawarkan perkhidmatan seks berharga 100 dolar Singapura (RM310).

Cheow kemudian bersetuju dengan tawaran harga tersebut sebelum perkhidmatan mengurut diberikan.

Tiada ulasan: