Jumaat, 16 Julai 2021

Vaksinasi 'walk-in' warga emas mulai esok

 Oleh Luqman Arif Abdul Karim 

Gambar hiasan. - Foto fail NSTPGambar hiasan. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Warga emas yang belum mendapat janji temu boleh hadir secara terus atau 'walk in' di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur dan Selangor, bagi mendapatkan suntikan pelalian, berkuat kuasa esok.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan perkara itu, berkata warga emas iaitu individu berusia 60 tahun dan ke atas yang belum mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin juga boleh berbuat demikian.

Sehubungan itu, katanya, laluan khas bagi warga emas akan disediakan di setiap PPV di KL dan Selangor, selain garis panduan bagi melancarkan proses pemberian vaksin secara terus.

"Kita nak pastikan setiap warga emas ini mendapat perlindungan secepat mungkin, justeru kerajaan memutuskan pendekatan 'walk in' (secara terus).

"Selain itu, kita akan pastikan warga emas menerima vaksin dalam keadaan selesa dan selamat, memandangkan jumlah kes harian masih tinggi di Lembah Klang," katanya pada sidang media khas Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.

Tiada ulasan: