PUTRAJAYA: Bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan 679 individu dicekup dengan seramai 666 dikompaun, lapan direman dan lima dijamin.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan tertinggi masih lagi rentas kawasan dan makan di premis sebanyak 201 kes, diikuti bawa penumpang berlebihan dengan 119 kes, tiada penjarakan fizikal (110), tidak patuh arahan kawalan (88), gagal merekod butiran diri di premis (56), tidak memakai pelitup (53) dan lain-lain lagi (52).
“Mengenai isu kuarantin wajib, seramai 895 individu telah tiba di tanah air semalam dengan kesemua mereka diarahkan menjalani proses mandatori itu di sejumlah stesen kuarantin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan
barangan di 666 peruncit, 151 pemborong dan 32 pengilang selain
melakukan sejumlah 1,697 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan hanya 14
premis dikompaun dan satu lagi diberikan amaran.- UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan