Jumaat, 16 Julai 2021

Putrajaya setuju tubuh Majlis Pemulihan Negara yang dicadangkan Dr M

MALAYSIA NOW

Dengan penubuhan majlis tersebut, jawatankuasa khas PPN akan dibubarkan.

Kerajaan Perikatan Nasional hari ini bersetuju untuk menubuhkan Majlis Pemulihan Negara bagi memantau pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN), beberapa hari selepas ia diuar-uarkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dengan penubuhan majlis tersebut yang akan dipengerusikan perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Jawatankuasa Khas Kabinet PPN telah dibubarkan.

Dalam sebuah kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata Kabinet turut bersetuju untuk membentangkan cadangan bagi majlis tersebut dalam sidang khas Dewan Rakyat pada 26 Julai depan.

“Berteraskan pendekatan whole of nation, MPN akan melantik wakil-wakil dari sektor swasta, pakar industri, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pengalaman dan nasihat di dalam pelbagai aspek PPN bagi membolehkan Malaysia keluar dari pandemik ini secara sistematik dan selamat,” kata Zafrul

Langkah tersebut diumumkan selepas dua hari Mahathir mendedahkan Zafrul telah menemui beliau untuk mendapatkan pandangannya berhubung cara penyelesaian pandemik Covid-19, bekas perdana menteri itu juga turut mencadangkan idea untuk penubuuhan majlis yang terdiri daripada pakar-pakar.

Semalam, Mahathir sekali lagi mendesak penubuhan majlis tersebut, mengatakan ia mesti memiliki kuasa penuh pelaksanaan rancangan.

Mahathir turut menambah, penubuhan majlis itu akan membantu kerajaan dalam usaha kerajaan mengurangkan kes jangkitan sehingga negara mencapai imuniti kelompok.
 
Beliau turut yakin penubuhan badan bebas adalah kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu bukan sahaja kesihatan, malahan ekonomi sekali gus membantu rakyat yang berdepan krisis ketika ini.

Tiada ulasan: