Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
PETALING JAYA: Satu video memaparkan sekumpulan pekerja yang cuba lari dipercayai ekoran tindakan pemeriksaan terhadap sebuah kilang dipercayai di Selangor tular di laman media sosial sehingga menimbulkan kemarahan dan kebimbangan orang ramai.
Video berdurasi lebih seminit itu memaparkan lebih 30 pekerja yang sanggup melompat pagar dan berasak-asak di laluan pintu masuk kilang terbabit bagi meloloskan diri daripada pemeriksaan pihak berkuasa.
Turut kelihatan dalam video berkenaan beberapa wanita yang sanggup memanjat pagar berkenaan.
Insiden itu didakwa berlaku di sebuah kilang dekat sini, namun setakat ini tidak dapat disahkan kesahihannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan