Khamis, 8 Julai 2021

Pejabat Perdana Menteri nafi Muhyiddin dijangka menghadap Agong petang ini

 Siti Hafidah

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri menafikan kenyataan disiarkan beberapa portal berita yang mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini.

Sebuah portal berita mendakwa Muhyiddin bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara susulan kemelut kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebuah lagi portal berita mendakwa Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menarik balik sokongan terhadap beliau sebagai Perdana Menteri. – Bernama

Tiada ulasan: