Jumaat, 2 Julai 2021

Mogok doktor kontrak: Operasi hospital tidak terjejas

Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN
OPERASI hospital kerajaan akan berjalan seperti biasa walaupun doktor kontrak berhasrat mengadakan mogok pada 26 Julai ini.

KUALA LUMPUR: Gerakan Hartal Doktor Kontrak mendakwa pakar-pakar kesihatan, perunding dan pegawai perubatan lantikan tetap, memihak kepada mereka untuk memulakan mogok pada 26 Julai ini. 

Jurucakapnya, Dr. Mustapha Kamal A. Aziz berkata, kebanyakan mereka juga bersedia mengambil alih tugas doktor kontrak dan menyusun semula jadual kerja pada hari tersebut bagi memastikan matlamat mogok di seluruh negara dapat direalisasikan

Tiada ulasan: