Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid, berkata penolakan itu termasuklah kerjasama parti itu dengan DAP.
"Mesyuarat hari ini menegaskan pendirian seperti yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ataupun kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH," katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, MKT membuat keputusan menamatkan serta merta sokongan yang diberikan oleh parti itu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Perdana Menteri.
Beliau berkata, tindakan itu diambil sebagai memenuhi mandat sebulat suara yang diberikan oleh perwakilan Persidangan Agung UMNO (PAU) 2020.
Beliau berkata, langkah itu juga diambil selepas MKT mendapati kerajaan Perikatan Nasional diketuai Muhyiddin gagal memenuhi aspirasi rakyat seperti disenaraikan oleh UMNO ketika memberi sokongannya pada tahun lalu.
"Bagi memenuhi mandat sebulat suara perwakilan di PAU 2020 dan berpandukan kepada kegagalan kerajaan penuhi aspirasi rakyat seperti ditegaskan oleh UMNO ketika memberi sokongan sebelum ini, tempoh sokongan ditamatkan serta merta.
"Justeru, UMNO mendesak Muhyiddin dapat berundur secara terhormat
bagi bolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk satu tempoh
yang terhad," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan