Ahad, 11 Julai 2021

Mesej ‘bye-bye’ bawa petunjuk kematian ibu dan bapa

Malinda Abdul Malik
422900A7-54A0-48EB-80AD-77D0B1596249
Polis membawa mayat pasangan suami isteri ditemui mati dalam kediaman mereka di Lorong Bawal 3, Taman Kimsar, Perai di sini hari ini.

SEBERANG PERAI –  Seorang lelaki bertindak menggantung diri selepas membunuh isterinya dalam satu kejadian di Lorong Bawal 3, Taman Kimsar, Perai di sini hari ini.

Kejadian tersebut diketahui oleh anak pasangan itu sebelum menghubungi pihak polis pada jam 3 petang tadi.

F97D30D0-5DFF-4437-B1E1-EE3B628DFEAD-1024x768
Pihak polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

MalaysiaGazette difahamkan, anak sulung pasangan suami isteri itu datang ke kediaman tersebut apabila ibu bapanya tidak menjawab panggilan telefon selepas dia menerima mesej pesanan ringkas mesej ‘bye-bye’ daripada bapanya lebih kurang jam 5.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menemui mayat wanita berusia 53 tahun di dalam bilik tidur manakala suaminya gantung diri di bahagian dapur.

Pemeriksaan yang dijalankan menemui menemui tiga kesan tikaman di bahagian leher, dada serta perut wanita itu.

0BB3BE94-EC8A-41E2-8481-03FD0B2312E9
Pegawai penyiasat membawa barang kes ke Ibu Pejabat 
Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk siasatan lanjut.

Turut ditemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan suami mangsa untuk membunuh isterinya di dalam bilik tersebut.

Kematian pasangan itu dipercayai akibat perselisihan faham.

4AD79566-C014-419A-A09A-A8A569B8C928
Mayat pasangan suami isteri itu dibawa ke Hospital Seberang 
Jaya untuk proses bedah siasat.

“Motif kejadian dipercayai berpunca daripada cemburu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Rahimi, mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat.

Difahamkan, pasangan tersebut tinggal berdua di rumah berkenaan manakala dua anaknya berusia 28 dan 30 tahun tinggal berasingan. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: