PETALING JAYA – Orang ramai diminta tidak terpedaya dengan berita tular di aplikasi WhatsApp yang mengatakan tentang keadaan terkini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut hantaran Kementerian Kesihatan (KKM) di Facebook, maklumat tular tersebut adalah palsu.
“Mohon kerjasama semua untuk tidak menyebarkannya. Dapatkan maklumat yang sahih hanya di media sosial rasmi KKM iaitu di Facebook, Twitter dan Instagram,” katanya hari ini.
Antara berita yang tular tersebut adalah terdapat lapan pesakit dari sebuah wad disahkan positif Covid-19 dan HKL kini sedang menguji kesemua pesakit dari wad berkenaan.
Selain itu, ia juga mendakwa HKL berada dalam masalah ekoran masalah seperti terlebih kapasiti serta sistem ventilasi tidak baik. – K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan