PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat tergempar Kabinet dan mengumumkan peletakan jawatannya, seperti yang tular di media sosial.
Jurucakap PMO dipetik Bernama sebagai berkata, kenyataan palsu yang mendakwa perdana menteri memutuskan untuk meletak jawatan itu tidak dikeluarkan pejabat berkenaan.
Kenyataan tidak sahih itu turut mendakwa Kabinet sebulat suara menerima peletakan jawatan Muhyiddin dan meminta presiden PPBM itu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri baharu, selaras Perlembagaan Persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan