Jumaat, 9 Julai 2021

'Hari ini akan sibuk, pagi dan petang' - Ismail Sabri

PUTRAJAYA: "(Jadual saya) hari ini akan sibuk, pagi dan petang," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di luar perkarangan Kompleks Perdana Putra, hari ini.

Ismail Sabri akan memulakan tugas rasminya sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini selepas dilantik ke jawatan berkenaan, Rabu lalu.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Ismail Sabri dilihat memasuki perkarangan Bangunan Perdana Putra, disini pada jam 10 pagi tadi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di perkarangan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada Rabu lalu. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di perkarangan Kompleks 
Seri Perdana, Putrajaya selepas dilantik menjadi Timbalan 
Perdana Menteri pada Rabu lalu. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Sebelum ini, Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, pelantikan Ismail Sabri itu sudah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, pelantikan itu juga dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Tiada ulasan: