Jumaat, 16 Julai 2021

Ebit Lew terima surat takziah Menteri Luar Palestin

Oleh MOHD. HAIKAL ISA 

   

EBIT LEW turut menerima ucapan takziah daripada Menteri Luar Palestin.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menerima sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Luar Palestin atas kehilangan bapa tercintanya, Ibrahim Lew yang meninggal dunia dua hari lalu.

Ebit atau nama lengkapnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 36, berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran status dalam Instagram sebentar tadi.

“Sedih sayu terharu sangat rasa abila dapat surat takziah dari Kementerian Luar Palestin. Walau sekejap misi kemanusiaan di Gaza. Terima kasih tak terhingga Dr. Mahmoud El Mahdoun dan Kementerian Luar Palestin.

“Terharu apabila tiba-tiba dapat panggilan takziah dari pemimpin Palestin. Katanya, Allah balas segala pengorbanan saya sanggup berjauhan dengan ayah demi Palestin. Allahuakbar.

“Allah pasti akan bantu bebasnya Palestin dan janjinya itu benar. Pasti dan waktu yang dekat hari kemenangan itu tiba. Tiada lagi penganiayaan dan kezaliman israel atas orang Palestin. Ya Allah, berilah bantuan dan kemenangan-Mu pada kami. Bantulah penduduk Palestin,” tulisnya.

Ujar Ebit lagi, dia terharu apabila diangugerahkan Duta Muhimmah Palestin atas misi kemanusianya di sana baru-baru ini.

“Terharu sangat apabila pemimpin di sana siap datang bilik saya berbual-bual. Berbincang tentang betapa pentingnya setiap orang bersama dalam perjuangan ini.

“Lagi terharu tanpa minta dianugerahkan Duta Muhibbah Palestin. Sedangkan saya bukan sesiapa. Katanya, setiap orang berharga dalam perjuangan ini. InsyaAllah, berjanji akan menjayakan menyempurnakan galeri ilmu bagi remaja Palestin pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, Ebit berada hampir sebulan di Gaza bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan Palestin. – K! ONLINE

Tiada ulasan: