Diberitakan seorang mati mengejut awal pagi. Beliau adalah antara nama penerima vaksin sehari sebelumnya, tetapi mengambil keputusan tidak nak vaksin.
Kami kategorikan sebagai individu menolak vaksin. Arwah bukan antivaksin, dengan harapan satu masa nanti beliau tampil untuk dapatkan vaksin.
Namun Allah lebih menyayangi beliau. Meninggal dunia semasa tidur. Umurnya masih muda sekitar 38 tahun, cuma terdapat kencing manis terkawal dan saiz badan agak gemuk.
Maklumat dari waris, doktor beritahu punca kematian adalah mungkin serangan jantung, kegagalan paru-paru atau kencing manis. Pengesahan rasmi akan diberitahu selepas siasatan dan post mortem dari pakar forensik dijalankan.
Bayangkan, jika beliau cucuk vaksin pada hari kematian! Sudah pasti melompat terus pihak tertentu menuduh vaksin punca mati.
Tuan puan. Mati itu tidak boleh diawalkan walau sesaat atau dilewatkan walau sesaat:
“Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.” [Al A’raf: 34]
Kes kematian yang berlaku dalam negara telah diberikan maklumat oleh pihak berwajib. Sama ada kita tahu atau tidak, itu bukan urusan kita. Setiap kes kematian diberitahu kepada ahli keluarga mengenai punca atau penyebab utamanya.
Maklumat tidak rasmi bahawa semua kes dalam negara setakat ini tiada pun dikaitkan dengan vaksin secara langsung (No causality relationship). Pihak NPRA dalam proses penyiapan laporan lengkap.
Tetapi apabila kerajaan menjawab, ramai pulak yang menuduh kerajaan tipu dan lain-lain. Sedangkan kerajaan berikan penjelasan berdasarkan post mortem dan siasatan kronologi terperinci oleh pakar-pakar forensik.
Namun setelah terlalu banyak komen yang negatif dan cuba mengalih isu sebenar, persepsi dan sensasi terus dinaikkan. Itulah hakikatnya apa yang berlaku.
Innalillahi wainna ilaihiraajiun. Salam takziah kepada keluarga. Dalam suasana yang penuh kepiluan dan saat getir ini, semoga Allah berikan ketabahan. Doakan arwah bersama para Solehin.
(*) Dr Suhazeli Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan