PETALING JAYA: Bapa kepada pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan Ebit Lew, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, hari ini.
Berita sedih itu dimaklumkan oleh Ebit di Facebooknya, malah sehingga kini ruangan komen terus dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada warganet yang turut berduka atas pemergian bapa pendakwah tersebut.
Difahamkan, jenazah bapanya akan dibawa ke Masjid Bandar Baru Ampang dan kemudian terus dibawa ke Muadzam Shah, Pahang.
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. ‘I love you’ bapak. Bapak pergi dulu. Nanti Ebit sampai yer.
“Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah, inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.
“Saya dalam perjalanan ke Gleneagles Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan Al-Fatihah,” katanya.
Bulan lalu, Ebit ketika dalam misi bantuan kemanusian di Gaza, Palestin, berkongsi kesedihan apabila diuji tidak dapat berada di samping bapanya yang tenat.
Dalam perkongsian di Facebooknya ketika itu, Ebit memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan bapanya.
“Pohon doakan Allah hilangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh. Ya Allah sembuhkanlah ayahku.
“Bila ‘call’ ayah masa sedar, ayah cakap sempurnakan kerja di sana kerana Allah. Hidup ini satu perjuangan. Kadang dah tak sedar sangat. Ya Allah…,” katanya dalam catatan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan