Ahad, 25 Julai 2021

‘Anjang Aki sempat minum petang sebelum mengadu sesak nafas’

Oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL

SHAH ALAM: Pelakon veteran, Allahyarham Datuk Baharuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Anjang Aki, kembali ke rahmatullah di kediamannya di sini kira-kira pukul 5.20 petang tadi.

Allahyarham, 85, sebelum ini pernah muncul dalam pelbagai drama dan telemovie terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Media Prima pergi meninggalkan tujuh anak dan 20 cucu.

Isteri Allahyarham, Datin Nazariah Abu Bakar ketika dihubungi Utusan Malaysia memaklumkan, suaminya sempat menikmati minum petang di rumahnya sebelum mengadu sesak nafas.

Bagaimanapun, ketika diperiksa salah seorang anak dan cucunya yang juga merupakan pegawai perubatan memaklumkan keadaan arwah bapa mereka berada dalam keadaan sangat lemah sebelum pergi.

Tiada ulasan: