Sinar Harian
Dari
kanan, Yusuf dan Kalsom bersama sebahagian anak, menantu dan cucu di
ruang bahagian belakang rumah yang ditambah di Kampung Keda Che Bema
Sungai Petani, Kedah. - Foto Sinar Harian
SUNGAI PETANI:
Seramai 14 sekeluarga terpaksa tinggal dalam keadaan bersesak di sebuah
rumah di Kampung Keda Che Bema di sini akibat kesempitan hidup.
Yusuf
Ismail, 57, berkata, dia dan isterinya, Kalsom Baharom, 52, tinggal
bersama enam anak berusia dari 14 hingga 39 tahun termasuk seorang
berstatus orang kurang upaya (OKU) serta seorang menantu perempuan dan
lima cucu.
"Dua anak saya sudah berkahwin tetapi seorang sudah berstatus ibu tunggal.
"Kini lima anak dan seorang menantu turut mencari rezeki keluar menangkul ketam bagi menampung kehidupan," katanya.
Yusuf
berkata, dia sekarang duduk di rumah sahaja sebab sudah tak larat untuk
bekerja kerana kaki tidak kuat lagi selepas pernah kena strok sebelum
ini.
Sementara itu menurut Kalsom,
biarpun bersesak dalam rumah, namun mereka tetap tinggal bersama
memandangkan tidak mampu menyewa kerana hasil pendapatan menangkul ketam
hanya diperoleh sekitar RM400 sebulan.
"Nak
buat macam mana, semuanya anak, menantu dan cucu. Kalau tak tinggal di
sini, mereka nak duduk di mana? Nak sewa tak mampu," katanya.
Bagi
menambah keselesaan, keluarga itu cuba membina ruang lebih besar di
belakang rumah dengan menggunakan kayu serta atap rumbia yang menjadi
tempat Yusuf dan Kalsom berehat.
Mereka menerima kunjungan wakil rakyat sebelum ini serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyampaikan sumbangan.
Sementara
itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, Nor Harina Ayob
berkata, pihaknya menghantar bakul makanan bagi mengurangkan beban
keluarga berkenaan.
Menurutnya, salah
seorang ahli keluarga itu berstatus orang kurang upaya (OKU), Muhammad
Fitree, 14, kini sedang mengikuti pembelajaran pendidikan khas di sebuah
sekolah kebangsaan.
"Kita juga akan
mengenal pasti kelayakan seorang anak perempuan mereka yang kini
berstatus ibu tunggal sekiranya melepasi syarat bantuan," katanya.
Tan
Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan, kerajaan akan memberi
Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40
dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.
Menurut
Perdana Menteri, bantuan itu bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah
dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6
billion.
Sejumlah RM300,000 juga
diberikan kepada semua Ahli Parlimen bagi program Bantuan Bakul Makanan
seperti yang diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan
Ekonomi (PEMULIH) mula disalurkan pada 1 Julai.
Pejabat
Perdana Menteri dalam satu kenyataan berhubung perkara ini memaklumkan
peruntukan itu turut diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan