Khamis, 24 Jun 2021

Total lockdown bermula 1 Jun berjaya?

Dr Ihsanuddin Abbas

Kes banyak sebab silap individu langgar arahan kuarantin

SECARA umumnya, kes harian #COVID19 menunjukkan trend penurunan namun tetap pada nilai yang tinggi iaitu melebihi 5,000 kes sehari. Pada masa yang sama, kes harian Selangor juga terus menjadi penyumbang utama kes harian Malaysia.

Beberapa negeri telah menunjukkan trend penurunan khususnya Terengganu yang hampir 2 minggu kekal pada bawah 100 kes sehari.

Adakah total lockdown GAGAL di Selangor manakala BERJAYA di Terengganu? Apakah faktor KEGAGALAN di Selangor?

Adakah patut kerajaan Perikatan Nasional (PN) teruskan total lockdown untuk seluruh negara atau boleh longgarkan untuk negeri yang semakin baik perubahannya?

Tetapi, Terengganu juga perlu belajar dari kluster komuniti dan kluster raya yang berlaku dalam sebulan yang lepas. Disebabkan kesilapan individu tertentu yang melanggar arahan kuarantin, potong gelang tapi tetap bergaul dalam komuniti telah menyebabkan kes yang banyak di kalangan keluarga dan masyarakat. We have learnt the hard way!

Justeru, rakyat Terengganu mesti terus patuh kepada arahan dan Prosedur Standard Operasi (SOP), pakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal. Kalau diberi peluang untuk dilonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) cubalah patuh pada SOP supaya kita boleh hidup seperti sediakala. ISMA WEB

(*) Dr Ihsanuddin Abbas -AJK Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)

Tiada ulasan: