MALAYSIAKINI
Selepas perbincangan dimuktamadkan dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), kerajaan negeri Selangor akan mendapat bekalan vaksin Covid-19 bermula akhir Jun ini.
Menurut Menteri Besar, Amirudin Shari, Program Vaksinasi Covid-19 Negeri Selangor (SCVP) berusaha mendapatkan perolehan vaksin untuk penduduk negeri itu sebagai langkah perlindungan daripada wabak Covid-19.
“Antara fokus penerima vaksin selain golongan warga emas dan pekerja industri serta perkilangan juga perkhidmatan, kerajaan negeri Selangor juga mengusahakan perolehan vaksin sebagai persediaan melindungi generasi muda yang bakal berumur 18 tahun tetapi belum menerima vaksin,” katanya sempena Pakej Kita Selangor 2.0 hari ini.
Keputusan itu dibuat selepas mendapati data Kementerian Kesihatan mencatatkan 82,341 kanak-kanak telah dijangkiti Covid-19, di mana daripada jumlah itu, 27,402 berumur antara 13 tahun sehingga 17 tahun dan mereka adalah pesakit kategori 1, 2 dan 3.
“Golongan ini juga akan dimasukkan di dalam kerangka besar SCVP.
“Untuk
maksud tersebut, Kerajaan Negeri akan kembali ke Jawatankuasa Petugas
Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dan KKM untuk bersama-sama membincangkan
pelan kita dan memastikan pelarasan data-data penerima vaksin agar ianya
selari bagi mempercepatkan imuniti kelompok (herd immunity) di Selangor
Darul Ehsan sejajar dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan
(PICK),” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan