Jumaat, 25 Jun 2021

Selangor benar ibadah korban

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

Gambar hiasan

SHAH ALAM- Ibadah korban di Selangor dibenarkan tahun ini dengan syarat dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat selaras Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengekang pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, ini termasuk jawatankuasa masjid dan pihak-pihak lain perlu menyediakan representasi asas yang telah ditetapkan Jabatan Agama Islam, undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh agensi-agensi lain yang berkaitan.

Selain itu, kebenaran secara bertulis dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) akan menjadi syarat utama Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengeluarkan kelulusan kepada pemohon atau penternak yang meliputi sijil kesihatan veterinar, akuan pemindahan ternakan dan permit penyembelihan luar.

“Pelaksanaan ibadah korban oleh bukan warganegara, korban persendirian, badan berkanun, agensi swasta, institusi dan pertubuhan bukan kerajaan adalah tidak dibenarkan melainkan dengan kerjasama masjid.

“Lokasi sembelihan meliputi rumah sembelih veterinar atau berswasta berdaftar dengan Jabatan Veterinar, ladang atau kandang kandang ternak dan masjid yang diluluskan oleh jabatan tersebut dengan jumlah lembu dikorbankan yang telah ditetapkan,” katanya ketika mengulas mengulas mengenai Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Korban Tahun 1442H/ 2021.

Beliau memberitahu, pihak Jawatankuasa dan operator rumah sembelihan perlu mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan iaitu merekodkan kehadiran menerusi aplikasi MySejahtera atau buku rekod kehadiran, memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal

Selain itu, perlu memakai peralatan kelengkapan diri yang cukup seperti apron dan sarung tangan selain menggunakan hand sanitizer secara berkala. – K! ONLINE

Tiada ulasan: