MALAYSAKINI
Berikut adalah maklumat terkini Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara di dunia pada 10 pagi hari ini.
Di seluruh dunia, terdapat 170,051,718 kes Covid-19 disahkan, termasuk 3,540,437 kematian seperti dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 31 Mei.
Sebanyak 1,579,416,705 dos vaksin sudah diberikan pada 30 Mei.
Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi. Namun, di negara yang mempunyai kadar vaksinasi lebih tinggi termasuk AS dan United Kingdom (UK) telah menunjukkan penurunan dalam kes baharu. India turut menyaksikan penurunan jumlah kes baharu harian.
Jadual di bawah menunjukkan status di beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi sedang rancak dilaksanakan.
Negara Jumlah kes Kes baru Kematian % Penduduk divaksin
AS 32,929,178 12,677 588,596 40.39 %
INDIA 28,047,534 152,734 329,100 3.08%
BRAZIL 16,471,600 79,670 461,057 10.29%
PERANCIS 5,566,214 8,541 108,558 16.30%
TURKI 5,242,911 6,933 47,405 14.71%
UK 4,484,060 3,111 127,781 37.32%
INDONESIA 1,816,041 6,115 50,404 3.87%
FILIPINA 1,223,627 7,058 20,860 0.94%
MALAYSIA 572,357 6,824 2,796 3.45%
THAILAND 159,792 5,485 1,031 1.59%
SINGAPURA 62,051 23 33 27.63%
VIETNAM 7,168 260 47 0.03%
Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan