Rabu, 16 Jun 2021

Parlimen bersidang September atau Oktober

 Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sidang Parlimen boleh diadakan dalam fasa ketiga pemulihan iaitu sekitar September atau Oktober dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu merupakan pendirian beliau sejak awal bahawa sistem Demokrasi Berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai iaitu setelah kes-kes Covid-19 terkawal dan negara hampir mencapai imuniti berkelompok.

“Jangan ada pihak-pihak yang sengaja menimbulkan keresahan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat sehingga mengganggu tugas utama kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19.

“Saya akan terus mendukung prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan,” katanya pada perutusan khas Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan sebentar tadi. – K! ONLINE

Tiada ulasan: