Ahad, 6 Jun 2021

Kerajaan pertimbang pendaftaran vaksin secara automatik, kata Muhyiddin

Staff Writers  MALAYSIA NOW

Perdana menteri mengarahkan JKJAV untuk mempercepatkan proses rakyat yang sudah mendaftar agar diberikan tarikh janji temu dalam masa terdekat.

Kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan pendaftaran vaksin secara automatik bagi memudahkan rakyat untuk membuat pendaftaran di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Saya juga meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk melihat semula proses pendaftaran vaksin agar dapat dipermudahkan lagi, termasuk cadangan melaksanakan proses pendaftaran secara automatik bagi memastikan seramai mungkin rakyat divaksinasi,” katanya dalam ucapan sempena 100 hari pelaksanaan PICK yang bermula pada 24 Februari 2021.

Muhyiddin berkata, beliau mengarahkan JKJAV untuk mempercepatkan proses rakyat yang sudah mendaftar agar diberikan tarikh janji temu dalam masa terdekat

Tiada ulasan: