Selasa, 15 Jun 2021

Buang bayi di depan sekolah, polis tahan pasangan kekasih

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan kes buang bayi perempuan yang baru dilahirkan di perhentian bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sri Sendayan, dekat Seremban, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pasangan berusia 23 dan 26 tahun itu ditahan di Garden Avenue Seremban 2, kira-kira 7.30 malam semalam susulan hasil siasatan dan maklumat awam.

"Mereka akan direman di Mahkamah Seremban pada hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.

Mohd Said berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah terlibat dan berharap kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

Semalam, tular gambar dan video berdurasi 26 saat berkenaan penemuan bayi yang dipercayai berusia dua hari diletakkan dalam kotak di perhentian bas berhadapan sebuah sekolah di Felda Sri Sendayan.- Bernama


Tiada ulasan: