KUALA TERENGGANU: Bekas Ahli Parlimen Kemaman, Abd. Rahman Yusof, 64, meninggal dunia, hari ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsan Malaysia (HUKM) di Kuala Lumpur difahamkan lewat petang tadi.
Anaknya, M.Muhsin Abd. Rahman berkata, bapanya bertarung dengan kanser paru-paru tahap empat sejak enam bulan lalu.
“Jika ada yang mengenali Allahyarham, mohon maafkan segala salah silap, halalkan makan minumnya dan jika ada hutang boleh hubungi kami warisnya.
“Moga Allah kurniakan kesabaran, kekuatan, kemudahan kepada keluarga yang tinggal dan temukan kami semula di Jannatul Firdaus,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Allahyarham yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Zaki Wan Muda dengan 20,715 undi.
Abd. Rahman yang juga merupakan bekas Ketua Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah bertanding di kerusi Parlimen Dungun pada PRU lalu namun tewas dengan 6,833 undi.
Terdahulu, Anwar turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas ujian itu dan mendoakan agar sahabatnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh. -UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan