Ahad, 20 Jun 2021

Baik tutup semua kilang dari laksana PKPD di Kuala Muda

 Athirah Huda Zalhe

'Tapi kena pastikan jangan paksa bekerja secara diam-diam'

BANGI – Adalah lebih baik sekiranya kebenaran operasi semua kilang di kawasan industri daerah Kuala Muda ditarik balik dan ditutup, berbanding menggesa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan.

Pemerhati politik, Mohd Luttfi Abd Khalid berkata, langkah itu lebih wajar berbanding gesaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min supaya Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksana PKPD di daerah berkenaan bagi mengurangkan jumlah kes jangkitan COVID-19.

Beliau berkata, Simon boleh menggunakan langkah berkenaan dan turut mengajak wakil-wakil rakyat lain untuk melakukan gesaan sama.

“Tak lama YB, cuma dua minggu sahaja. Ahli Lembaga Pengarah semua tak akan bankrap pun.

“Tetapi, kena pastikan dahulu pengurusan kilang tidak abaikan kebajikan para pekerja mereka, atau potong gaji atau paksa bekerja secara diam-diam dan tidak mengeksploitasi pekerja asing di kilang masing-masing dalam tempoh itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Simon yang meminta MKN melaksanakan PKPD di Daerah Kuala Muda.

Katanya, PKPD selama dua minggu itu perlu dilaksanakan dengan menghentikan operasi kilang dan hanya sektor yang betul ‘essential’ sahaja dibenarkan beroperasi berikutan situasi kritikal di daerah berkenaan.

Tiada ulasan: