Khamis, 24 Jun 2021

5,841 kes baru Covid-19

MALAYSIAKINI
 
Malaysiakini

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 5,841 kes baru Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Selangor kekal menjadi negeri dengan kes jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 2,072 kes diikuti Negeri Sembilan (781), Sarawak (581) dan Kuala Lumpur (552).

Sementara itu, Pahang mencatatkan 162 kes iaitu peningkatan kepada tiga digit berbanding dua digit pada minggu lalu.

Bilangan kes mengikut negeri:

Selangor (2,072)
Negeri Sembilan (781)
Sarawak (581)
Kuala Lumpur (552)
Johor (346)
Kedah (271)
Melaka (247)
Labuan (212)
Sabah (203)
Pahang (162)
Kelantan (135)
Perak (120)
Pulau Pinang (108)
Terengganu (29)
Putrajaya (17)
Perlis (5)

Tiada ulasan: