Ahad, 20 Jun 2021

5,293 kes baharu Covid-19

 Oleh SITI A'ISYAH SUKAIMI

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Angka kes harian negara masih melebihi 5,000 dengan 5,293 kes hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 696,408 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan angka sebanyak 1,680 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 693 kes dan Sarawak sebanyak 661 kes.

“Seterusnya, Johor (627 kes), Kuala Lumpur (379 kes), Perak (205 kes), (Melaka (183 kes), Kedah (170 kes), Kelantan (167 kes), Sabah (163 kes), Labuan (156 kes) dan Pulau Pinang (114 kes).

“Pahang pula (77 kes), Terengganu (12 kes), Putrajaya (empat kes) dan Perlis (dua kes),” katanya menerusi laman Facebook beliau di sini hari ini. – K! ONLINE

Tiada ulasan: