Rabu, 9 Jun 2021

2 hari catat penurunan, kes baru sekali lagi catat kes jangkau 6,000

Staff Writers  MALAYSIA NOW

Selangor catat kes harian sebanyak 2,291 disusuli Kuala Lumpur sebanyak 704.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,239 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 633,891.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,291 disusuli Kuala Lumpur (704), Negeri Sembilan (507), Johor (468), Sarawak (419), Kelantan (340).

Sabah dan Melaka berkongsi angka yang sama sebanyak 232 kes.

Hanya Perlis (4) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 7,386 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 548,705.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 81,575.

Dalam pada itu, 905 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 453 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 75 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 3,611.


Tiada ulasan: