Nur Fazlizai Ali
26 individu ditahan AADK dalam operasi di Kampung Gemuroh, Bukit Payong
pada Sabtu. - Astro AWANI
MARANG: Seorang bapa tergamak membawa anak lelakinya yang demam untuk menemaninya melepaskan gian di sarang penagihan dadah.
Bagaimanapun tindakan bekas tentera itu menerima padah selepas dicekup Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada Sabtu.
Lelaki
yang berusia 39 tahun itu ditahan bersama 25 lagi individu lain
dipercayai penagih dadah berhampiran pinggir sungai di Kampung Gemuroh,
Bukit Payong kira-kira jam 2 petang.
Suspek
yang hanya dikenali sebagai Mamat berkata, dia menyesal membawa anak
bongsunya berusia 6 tahun itu bagi melepaskan gian di sarang penagihan
yang baru diketahuinya tiga hari lalu.
Mamat
mendakwa dia diajak rakannya untuk ke sarang penagihan itu, dan
disebabkan tiada pilihan dia terpaksa mengherat anak bongsunya kerana
isterinya sedang bekerja.
“Tadi ada kawan
pergi rumah, dia minta tolong ambil ‘barang’. Saya sedang menggunting
rambut anak, selepas itu saya ke sana. Saya tidak bawa anak masuk
dalam,” katanya.
Jelas Mamat, dia meminta
kawan menjaga anaknya di luar kawasan belukar dan melepaskan gian
sebelum diserbu pasukan penguat kuasa AADK.
Mamat
yang juga seorang penganggur mula terjebak dengan najis dadah sejak
tiga tahun lalu di mana pada asalnya bertujuan mengubati sakit belakang
selepas terbabit kemalangan.
Sementara
itu, Ketua Pegawai AADK Marang, Roslina Awang berkata, serbuan bermula
jam 7 pagi itu telah berjaya menahan 26 lelaki disyaki penagih berumur
antara 26 sehingga 58 tahun.
“Dalam ops
ini, 26 penagih telah ditahan iaitu berumur antara 26 sehingga 58 tahun
dan kebanyakan pengguna yang ditangkap adalah pengguna dadah jenis
morfin dan methamphetamine.
“Tindakan akan diambil di bawah Seksyen 31 dan juga Seksyen 62 Akta Penagih Dadah 1983,” katanya.
Katanya lagi, kesemua suspek akan direman 14 hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 62 Akta Penagih 1983.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan