Najib Aroff
PKPB
dan PKP 2.0 dijangka memberi impak sederhana kepada pemulihan
ekonomi
dan seterusnya, berpotensi memberi kesan kepada pekerjaan. -
Foto fail
KUALA LUMPUR:
Penamatan Program Subsidi Upah (PSU) pada hujung tahun lalu dijangka
tidak akan menyumbang kepada peningkatan pemberhentian kerja atau kadar
pengangguran,
Menurut Pertubuhan
Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam satu kenyataan, hasil tinjauan badan
itu mendapati hanya 15 peratus responden merancang untuk mengurangkan
pekerja mereka.
"Sementara
29 peratus lagi bercadang meningkatkan jumlah pekerja mereka dan lebih
daripada separuh atau 56 peratus cenderung untuk mengekalkan pekerja
yang sedia ada.
"Tinjauan tersebut, yang
dilaksanakan oleh Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan EIS-UPMCS
(EU-ERA), meliputi 469 syarikat yang menerima PSU," kata Ketua Eksekutif
Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dalam satu
kenyataan.
Tinjauan ringkas atau snap survey bermula
pada 30 Oktober dan berakhir pada 22 November 2020 yang dijalankan
secara dalam talian ini bertujuan menilai impak penamatan PSU ke atas
pekerjaan.
PSU dirangka oleh kerajaan
sebagai bantuan kewangan langsung kepada syarikat untuk mengekalkan
pekerjaan semasa berlakunya pandemik COVID-19.
Program
PSU 1.0 yang dilancarkan pada 1 April 2020 merangkumi bantuan kewangan
selama 6 bulan dan bantuan ini dilanjutkan selama 3 bulan lagi di bawah
PSU 2.0. Sehingga 31 Disember 2020.
Lebih 3.7 juta pekerja dan 428,516 majikan telah mendapat manfaat daripada kedua-dua program ini.
"Hasil
daripada tinjauan ini juga menyokong pelaksanaan PSU bersasar pada
tahun ini seperti yang terkandung dalam Belanjawan 2021.
"Terdapat
syarikat dalam beberapa sektor yang telah menunjukkan pemulihan setelah
kerajaan membuka semula aktiviti ekonomi sejak Jun 2020 dan disokong
dengan pelaksanaan pakej-pakej rangsangan ekonomi.
"Namun
begitu, masih terdapat syarikat di sektor-sektor seperti pelancongan
yang masih memerlukan bantuan PSU kerana pemulihan di sektor-sektor ini
dijangka akan mengambil masa yang lebih lama," katanya.
Walau
bagaimanapun, hasil tinjauan ini tidak mengambil kira kesan ekonomi
akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di
Lembah Klang yang bermula pada 14 Oktober 2020 lalu dan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula pada 13 Januari 2021.
PKPB
dan PKP 2.0 dijangka memberi impak sederhana kepada pemulihan ekonomi
dan seterusnya, berpotensi memberi kesan kepada pekerjaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan