Harits Asyraf Hasnan
Dr
Noor Hisham yang merupakan seorang birokrat tidak mempunyai punca
kuasa
seperti mengeluarkan arahan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM),
Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan sebagainya. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Tugas 'Jeneral Perang COVID-19' sepatutnya kini digalas Tan Sri
Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan bukan lagi dibahu Tan Sri Dr
Noor Hisham Abdullah.
Pensyarah Kanan
Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad
Nadzri Mohamed Noor menegaskan Dr Noor Hisham yang merupakan seorang
birokrat tidak mempunyai punca kuasa seperti mengeluarkan arahan kepada
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan
sebagainya.
Tatkala
Ordinan Darurat berkuat kuasa, beliau melihat perlu pelaksanaan
inisiatif yang lebih proaktif dan pantas dalam menangani pandemik itu.
"Apa
yang terbaik adalah untuk Perdana Menteri sendiri yang diamanahkan
untuk memberi kepimpinan, berkhidmat untuk negara dan rakyat, mengambil
tanggungjawab ini sebagai jeneral perang COVID-19 di Malaysia kerana
beliau ada kuasa.
"Dalam
rantaian kuasa itu, beliau di peringkat paling tinggi. Beliau boleh
arahkan EPU, boleh tarik semula peruntukan, boleh arahkan Kementerian
Kesihatan, yang mana kuasa itu tidak dipunyai oleh Ketua Pengarah
Kesihatan," tegasnya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurutnya,
Dr Noor Hisham hanya boleh mengemukakan cadangan atau saranan, dan
bukan arahan seperti punca kuasa yang dimiliki oleh Perdana Menteri.
"Kerajaan
kini perlu mengambil langkah yang lebih drastik iaitu meletakkan
Perdana Menteri sebagai jeneral utama dan Menteri Kesihatan (Datuk Seri
Dr Adham Baba) perlu memainkan peranan yang lebih banyak.
"Ketua
Pengarah Kesihatan boleh mainkan peranan operasi yang lain, memantau
pergerakan di peringkat bawah. Jadi akan ada pembahagian kuasa dan juga
ada kerjasama antara eksekutif politik dan pentadbiran," tegasnya.
Beliau
percaya, sekiranya sebarang arahan berkait usaha menangani COVID-19
dikeluarkan terus oleh Perdana Menteri, ia akan lebih berkesan seiring
punca kuasa yang dimiliki oleh Perdana Menteri.
"Perdana Menteri dan Pejabat PM boleh diletakkan sebagai 'war room' atau 'war cabinet'. Saya fikir lebih banyak perkara boleh dilaksanakan dengan lebih pantas dan lebih berkesan.
"Bukan
macam sekarang, 'kita sarankan, kita bincang' dan sebagainya. Sedangkan
kalau kita angkat Pejabat PM itu sendiri sebagai 'war room' dalam menangani COVID-19, bagi saya arahan itu akan dilaksanakan dengan lebih baik," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan