Agensi
Tidak
sampai seminggu, misi kapal angkasa tanpa juruterbang itu dijangka
tiba
di orbit Marikh pada 9 Februari jam 7.42 (waktu tempatan), lapor
Emirates News Agency. - Bernama
SEJAK
dilancarkan pada Julai tahun lalu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini
menghitung hari sebelum kapal angkasa pertama mereka yang digelar
sebagai misi ‘Hope’ kini menghampiri planet Marikh.
Tidak
sampai seminggu, misi kapal angkasa tanpa juruterbang itu dijangka tiba
di orbit Marikh pada 9 Februari jam 7.42 malam (waktu tempatan), lapor
Emirates News Agency.
Misi
yang menjadi kebanggaan dan keterujan buat warga Arab itu akan meneroka
planet Marikh dalam dinamik skala harian dan menjelajah kitaran musim
Martian yang bersamaan 687 hari di bumi.
Pada
Isnin lalu, Naib Presiden UAE, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum
bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed Zayed bagi
meninjau persiapan terakhir pasukan Emirates Mars Mission.
Para
pemimpin negara itu mengundang warga dan penduduk UAE, dan orang Arab
di seluruh dunia untuk meraikan misi bersejarah yang mewakili kejayaan
penjelajahan angkasa lepas.
Sebagai
rekod, kira-kira 200 jurutera, saintis dan penganalisis UAE membantu
membina kapal angkasa tersebut dan laporan memberitahu kos misi itu
adalah kira-kira AS$200 juta (RM852.50 juta).
Setelah
menyelesaikan perjalanan selama tujuh bulan, siasatan akan memberikan
gambaran lengkap mengenai suasana Martian yang pertama.
China
juga tidak terlepas dengan menghantar kapal angkasa Tianwen-1 ke planet
merah itu sekali gus menjadikan perlumbaan meneroka planet tersebut
kini menjadi semakin sengit.
Sebelum ini,
hanya Amerika Syarikat, bekas Kesatuan Soviet, Agensi Angkasa Eropah
dan India sahaja yang berjaya melancarkan misi seumpamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan