Syah Hairizal Kamalul Arifin
Tiga
lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat koperal maut dalam
kemalangan membabitkan sebuah lori ATM di Tuaran pagi tadi. - Foto
ihsan
polis
KOTA KINABALU:
Tiga lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat koperal maut
dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tentera di Simpang Marabahai
Spurs, Jalan Berungis-Tenghilan, Tuaran pagi tadi.
Dalam
kejadian jam 8 pagi itu, ketiga-tiga mangsa masing-masing merupakan
penunggang dan pembonceng motosikal serta pemandu kereta jenis Perodua
Kancil, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa dikenali sebagai Jul Amri Shamsudin, 25, Il Yasa Shamsudin, 35 dan Koperal Shamsully Adly, 45.
Menurut
Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Mohd Hamizi Halim, siasatan awal
mendapati lori jenis lori HINO itu yang dipandu seorang anggota Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) berusia 24 tahun yang dalam perjalanan dari
Tamparuli menuju ke Tenghilan.
"Sebaik
tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha Ego dinaiki dua mangsa
dipercayai tiba-tiba keluar daripada simpang Jalan Marabahai Spurs
menyebabkan lori dipandu anggota ATM tersebut gagal mengelak lalu
berlakunya pertembungan," katanya.
Jelas
Hamizi, ekoran daripada itu kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal
terbabit kemudiannya terseret ke laluan bertentangan dan parah di
bahagian anggota badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.
'Pada
masa yang sama trak tentera tersebut telah bertembung dengan sebuah
kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 45
tahun dari arah Tenghilan.
"Pemandu
tersebut merupakan seorang anggota Polis yang baru selesai bertugas di
Balai Polis Kota Belud untuk balik ke rumah di perumahan Bolong Tuaran.
"Semasa
kemalangan, lori ATM yang telah hilang kawalan setelah bertembung
dengan motosikal, telah terlanggar kereta mangsa yang berada di susur
jalan bertentangan sehingga mengheret kenderaan berkenaan hingga ke atas
pembahagi jalan," katanya lagi.
Menurut
beliau, anggota polis berpangkat Koperal itu turut disahkan meninggal
dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian anggota
badan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan