Bernama
Azalina
berkata, terdapat keperluan mendesak dalam menjamin bahawa kuasa
AG
dilaksanakan secara bertanggungjawab dan bebas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Peguam Negara (AG) tidak seharusnya turut berperanan sebagai Pendakwa
Raya (PP), kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman
Said.
Azalina, 58, yang juga seorang
peguam, menulis dalam blognya azalinaothmansaid.com semalam bahawa
beliau telah mengemukakan cadangan berhubung perkara itu pada Jun 2018.
Ahli
Parlimen Pengerang itu berkata sebelum tahun 1960, seorang AG dilantik
bukan atas nasihat perdana menteri sebaliknya dipilih oleh Yang
di-Pertuan Agong daripada kalangan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan
Kehakiman dan Perundangan (SPKP) dan hanya boleh dipecat oleh satu
tribunal yang dianggotai sekurang-kurangnya lima hakim.
Menerusi
hantaran berjudul 'Persepsi menentang Realiti,' beliau berkata semua
itu berubah pada 1960 apabila Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
membentangkan pindaan terhadap Perkara 145 (Perlembagaan Persekutuan)
bagi membolehkan seorang AG dilantik bukan hanya daripada kalangan ahli
SPKP sebaliknya dipilih daripada kalangan ahli politik, peguam malah
ahli akademik, dan perlindungan terhadap pemecatan AG turut dihapuskan.
Azalina
juga berkata kuasa pendakwaan menjadikan AG antara individu paling
berkuasa di Malaysia, oleh itu memandangkan tidak ada mekanisme semak
dan imbang yang sempurna bagi memastikan kebebasan serta akauntabiliti
AG, maka terdapat keperluan yang mendesak dalam menjamin bahawa kuasa AG
dilaksanakan secara bertanggungjawab dan bebas.
Beliau
berkata memoir bekas AG Tan Sri Tommy Thomas berjudul 'My Story:
Justice in the Wilderness' hendaklah menjadi pemangkin kepada semua Ahli
Parlimen untuk bersatu hati dalam melakukan usaha ikhlas bagi mengawasi
pindaan perlembagaan berkaitan peruntukan jawatan AG berdasarkan
Perkara 145 agar peranan AG dipisahkan daripada peranan PP.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan