Bernama
Pada
2020, Zuraida berkata sebanyak 14,547 unit rumah untuk golongan B40
dan
M40 disiapkan, yang melibatkan 3,120 unit PPR, 5,043 unit PPAM, 5,931
unit rumah PRIMA dan 453 unit RMR. - Bernama
PUTRAJAYA:
Lebih RM1 bilion diperuntuk bagi pembinaan rumah untuk golongan B40 dan
M40 pada tahun ini melalui projek Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah
Mesra Rakyat (RMR) dan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).
Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata
sebanyak RM500 juta diperuntuk bagi membina 14,000 unit kediaman bagi
projek PPR, RM315 juta bagi membina 3,000 unit RMR dan RM310 juta bagi
pembinaan PPAM pada 2021.
Beliau
berkata PRIMA menyasarkan pembinaan 15,577 unit rumah pada tahun ini
manakala Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan menyiapkan 12 projek
kediaman sedia ada yang merangkumi 4,380 unit selain merancang
melaksanakan 11 lagi projek merangkumi 7,407 unit rumah.
"RM125
juta pula diperuntuk bagi kerja-kerja penyelenggaraan perumahan
berstrata kos rendah dan sederhana rendah serta membaik pulih rumah
usang atau rosak akibat bencana alam," katanya pada majlis Amanat Tahun
Baharu kementeriannya hari ini yang disiarkan secara dalam talian.
Pada
2020, Zuraida berkata sebanyak 14,547 unit rumah untuk golongan B40 dan
M40 disiapkan, yang melibatkan 3,120 unit PPR, 5,043 unit PPAM, 5,931
unit rumah PRIMA dan 453 unit RMR.
Beliau
berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut
melaksanakan program penyelenggaran perumahan kos rendah berstrata
melibatkan 43,163 unit rumah di bawah Tabung Penyelenggaraan Perumahan
Malaysia (TPPM), 20,536 unit rumah di bawah Program Penyenggaran
Perumahan (PPP) dan 1,645 unit kuarters di bawah Program Penyelenggaran
Kuarters.
Sementara itu, Zuraida berkata
KPKT menyasarkan kadar kitar semula sebanyak 32 peratus tahun ini
susulan kejayaan mencapai kadar 30.6 peratus, melepasi sasaran 30
peratus yang ditetapkan pada 2020.
"Dalam
Belanjawan 2021, KPKT menyediakan sebanyak RM10 juta sebagai bantuan
kewangan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang kurang berkemampuan
untuk pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam," katanya.
Beliau
berkata kutipan sisa kitar semula dijangka meningkat semasa pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 memandangkan orang ramai
mempunyai lebih banyak masa di rumah.
"Jadi,
kita ambil peluang ini (PKP) untuk gunakan ahli majlis PBT dan pasukan
penggerak kita untuk turun ke bawah memberikan taklimat bagaimana
melaksanakan program-program pengasingan (sampah) dan kitar semula,"
katanya.
Zuraida juga berkata Dasar Kebun
Komuniti akan dilancarkan tahun ini bagi mengoptimumkan penggunaan
tanah di bandar dengan sasaran satu projek PPR, satu kebun komuniti.
Beliau
berkata ia merupakan kesinambungan kepada Program Kebun Komuniti Bandar
yang dipergiat melalui Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti (PSMK)
melibatkan 304 peserta daripada 14 PPR tahun lepas.
"Kebun
komuniti di PPR Pak Mahat, Kuantan telah berjaya menghasilkan lebih 450
kilogram sayur-sayuran seperti terung, kangkung, bayam, cili, kobis,
kailan dan sawi," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan