Muhafandi Muhamad
Ahmad
Marzuk berkata dakwaan peningkatan jumlah mahasiswa yang terlibat
dengan aplikasi itu adalah mendukacitakan dan ia kini masih dalam
siasatan.
- Gambar fail
KOTA BHARU:
Kerajaan memandang serius kegiatan laman sesawang mahupun aplikasi yang
didakwa tidak bermoral dan boleh mempengaruhi remaja serta golongan
mahasiswa di negara ini.
Ia termasuk
aplikasi mencari teman yang dikatakan mempromosi budaya hubungan bersama
orang lebih berusia ataupun digelar 'sugar daddy'.
Justeru
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk
Ahmad Marzuk Shaary berkata perlu ada satu tindakan tegas diambil
termasuk memadam dan menyekat aplikasi seumpamanya dari dibenarkan
digunakan di negara ini.
“Sepatutnya
kalau benar bagai didakwa, kerajaan kena ambil tindakan sangat tegas
ini suatu perkara yang sangat mendukacitakan kita dan saya sebut pihak
kerajaan akan kenakan tindakan lebih keras kepada pihak terlibat dan
apikasi itu. Sepatutnya dihalang di negara ini, kita tidak boleh dorong
rakyat untuk langgar hukum dengan adanya aplikasi itu,” katanya.
Beliau
ditemui sempena pelancaran Kaunter Pandu Lalu, Musaadah Covid-19
Pengkalan Chepa dan penyampaian sumbangan kepada pemandu teksi Lapangan
Terbang Sultan Ismail Petra di Kompleks Purnama di sini hari ini.
Katanya lagi, di bawah agensi agama pihaknya akan mengenakan tindakan tegas berdasarkan bidang kuasa yang ada.
Sementara
itu Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata
dakwaan peningkatan jumlah mahasiswa yang terlibat itu dengan aplikasi
terbabit turut mendukacitakan dan ia bagaimanapun masih dalam siasatan.
"Dakwaan-dakwaan itu masih lagi dalam siasatan sama ada benar ataupun tidak. Siasatan itu bukan bermaksud kita menafikannya.
"Biasalah
prosedur sebagai sebuah kerajaan untuk mengambil tindakan seterusnya
perlu ada kertas yang betul-betul membuktikan soal perkara tersebut.
"Kita
serah kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana ia membabitkan
penuntut dan juga untuk tindakan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia
Malaysia," katanya.
Media sebelum ini
melaporkan Presiden Perundingan Pelajar Kebangsaan, Muhammad Amir Asyraf
Mohd Sabru mendakwa statistik menunjukkan seramai 12,705 pelajar
institut pengajian tinggi berdaftar dengan aplikasi terbabit untuk
mencari teman dalam kalangan lelaki lebih berusia.
Berdasarkan
rekod, didakwa terdapat peningkatan lebih 40 peratus pendaftaran
pengguna baharu aplikasi itu akibat desakan hidup sewaktu COVID-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan