Bernama
Menteri
Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata pinjaman maksimum RM5,000
bagi
setiap pemohon itu turut ditawarkan kepada golongan penghantar makanan
(rider) terpilih.
ALOR SETAR:
Kerajaan negeri Kedah menawarkan pinjaman mudah tanpa faedah kepada
pengusaha pelancongan bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat
penularan COVID-19 sejak tahun lepas.
Menteri
Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata pinjaman maksimum RM5,000 bagi
setiap pemohon itu turut ditawarkan kepada golongan penghantar makanan
(rider) terpilih.
"Kita
jangkakan seramai 400 individu akan memohon, tak semestinya kena ambil
RM5,000, mereka boleh mohon kurang daripada jumlah itu cuma tak boleh
lebih," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco
di sini, pada Rabu.
Menurutnya pinjaman
berkenaan akan diuruskan Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK)
dan bayaran tunai akan terus dikreditkan ke akaun pemohon yang berjaya.
Sementara
itu, beliau berkata kelulusan bagi bantuan modal menerusi Tabung Khas
Wanita (TKW) Negeri Kedah untuk semua pemohon yang layak sebanyak RM500
seorang juga akan dipercepatkan.
Beliau berkata bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), dijangka 27 wanita boleh menerima bantuan menerusi tabung itu.
Sementara
itu Muhammad Sanusi berkata dakwaan mengenai lebih 4,046 hektar (10,000
ekar) tanah bukit di Gunung Inas sudah ditanam dengan pokok durian,
seperti yang tular dalam satu video baru-baru ini, adalah tidak benar.
Beliau
berkata bagi kawasan di Gunung Inas, lebih kurang 5,000 hektar tanah
diluluskan pada 2007 untuk dijadikan ladang hutan, yang sepatutnya
ditanam dengan pokok seperti getah klon balak atau albasia.
"Daripada keluasan itu hanya 20 peratus (daripada 5,000 hektar) dibenarkan untuk ditanam dengan pokok durian," katanya.
Baru-baru
ini, tular satu video menunjukkan seorang lelaki mendakwa
sekurang-kurangnya 12,140 hektar tanah bukit di Gunung Inas sedang
dibangunkan sebagai ladang durian, yang kononnya terbesar di dunia.
Muhammad
Sanusi berkata pihaknya difahamkan bahawa ia adalah rakaman lama dan
masih belum mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab di sebalik
penularan video tersebut.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan