Ernalisa Othman
Kata Ayob, pihak polis giat mengesan lima suspek warga tempatan berusia
antara 33 tahun hingga 46 tahun. - Gambar Astro AWANI
JOHOR BAHRU:
Kegiatan makmal memproses dadah di sebuah kilang di Kawasan
Perindustrian Desa Cemerlang di sini terbongkar apabila kilang itu
terbakar Ahad lepas dan membawa kepada penangkapan enam suspek.
Menurut
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, makmal yang baru
sebulan beroperasi itu berselindung di sebalik 'identiti' syarikat
pelupusan barang terpakai.
"Susulan
maklumat mengenai satu insiden kebakaran ini, kami menerima laporan
daripada pihak bomba yang telah menemui beberapa peralatan disyaki untuk
proses dadah.
"Serbuan ini berjaya
membongkar satu lagi aktiviti makmal haram memproses sejumlah dadah
disyaki ketamin prekursor, yang semuanya telah dirampas.
"Sindiket
ini menyewa kilang untuk dijadikan makmal haram dan telah beroperasi
sejak sebulan lalu," katanya dalam sidang media kejayaan polis Johor
membongkar makmal haram memproses dadah di Johor Bahru.
Tambah
Datuk Ayob Khan, saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif
manakala lima daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.
Kesemua suspek disambung reman selama dua hari sehingga 7 Februari.
Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas 30 kilogram ketamin, 100 liter cecair dan 2 kilogram serbuk dipercayai dadah.
Nilai keseluruhan rampasan dadah bernilai RM5.06 juta.
Rampasan dadah itu boleh digunakan oleh seramai 660,000 penagih.
Polis
turut menyita enam buah kereta pelbagai jenis, sebuah motosikal, dua
utas jam tangan, 15 jenis barang kemas dan lima akaun bank.
Jumlah keseluruhan rampasan dadah dan sitaan bernilai RM6.4 juta.
Dalam masa sama pihak polis giat mengesan lima saspek warga tempatan berusia antara 33 tahun hingga 46 tahun.
Kes disiasat dibawah Seksyen 39-B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan