Hafizi Rosli
Dua
pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman dan Ramdan Rosli, mereka terus
kekal positif dengan menukar karier daripada dunia permotoran ke sektor
perkilangan ketika era pandemik ini - Gambar/AstroAWANI
KUALA LUMPUR:
Pandemik COVID-19 tidak mematahkan semangat pelumba-pelumba motosikal
negara untuk terus mengharungi detik mencabar apabila hilang pendapatan
susulan perlumbaan tidak dapat dilangsungkan.
Bagi
dua pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman dan Ramdan Rosli, mereka
terus kekal positif dengan menukar karier daripada dunia permotoran ke
sektor perkilangan.
Jelas
Ramdan, walaupun ada segelintir mempersoalkan kerjaya yang diceburinya
pada ketika ini, namun beliau melihat ia sebagai satu pembakar semangat
untuk meneruskan survival.
“Ramai juga yang pelik apabila kami tukar profesion ini, namun ini untuk kelangsungan hidup.
“Saya
tidak berasa malu dan saya cari pengalaman baharu sementara menunggu
kontrak baharu perlumbaan,” kata Ramdan ketika ditemu bual Astro AWANI pada Sabtu.
Bagi
Azlan Shah, mereka bukan saja ceburkan diri dalam sektor perkilangan,
namun pelbagai lagi kerja dibuat bagi memastikan mereka ada pendapatan
dan mengisi masa lapang.
“Saya dan Ramdan bukan sahaja bekerja di kilang, malah kami juga banyak buat kerja lain. Kami jual insurans dan buat delivery (kerja penghantaran).
“Kami pelbagaikan kerja kami secara sambilan ini,” kata Azlan Shah.
Jelas Azlan tahun 2021 ini sangat mencabar kerana masih belum ada sinar harapan bilakah perlumbaan akan dimulakan semula.
Ini kerana jelasnya, kontrak akan bergantung kepada perlumbaan ini.
“Setengah pelumba dibayar gaji pada setiap perlumbaan, dan setengah lagi mungkin dibayar melalui kontrak.
“Namun
tahun 2021 ini masih tiada perlumbaan, pasti sukar untuk kontrak baharu
dibuat kerana ketakutan penaja untuk terus menaja,” kata Ramdan.
Kedua
pelumba ini berharap agar kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan
dapat meneliti semula kaedah terbaik bagi memastikan sukan permotoran
ini tidak ‘lumpuh’.
Kedua mereka turut
berharap agar semua pelumba, atlet mahupun mereka yang terkesan dengan
COVID-19 terus tabah dan berusaha untuk tukar karier demi kelangsungan
hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan