MINDA RAKYAT
PUTRAJAYA - Meskipun diberi tempoh tujuh hari untuk membuat permohonan maaf berhubung ajaran Islam Melayu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan bertegas tidak akan berbuat demikian.
Malahan katanya, Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias perlu memohon maaf.
"Pada sikap saya, beliaulah yang perlu membuat permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana banyak tulisannya di laman Facebook sangat mengelirukan dan kecelaruan fahaman umat Islam terhadap ajaran Islam itu sendiri," katanya.
Menurutnya, sebanyak lebih 10 laporan polis dibuat badan bukan kerajaan (NGO) terhadap wanita terbabit.
"Beliau sendiri pun telah membuat laporan polis terhadap saya, jadi saya kira perkara ini sudah sampai ke pihak berkuasa, tinggal lagi mereka akan menjalankan tindakan," katanya ketika ditemui pada majlis perlepasan sumbangan Musaadah Covid-19 Yadim di pekarangan Kompleks Islam dekat sini pada Selasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan