PUTRAJAYA: Mkini Dotcom Sdn Bhd, yang mengendalikan portal Malaysiakini, didenda RM500,000 selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan menerbitkan komen warganet tahun lalu.
Denda yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan itu jauh melebihi denda RM200,000 yang dicadangkan oleh peguam persekutuan kanan Suzana Atan.
Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusof, yang mengetuai panel enam hakim, berkata, Mahkamah Persekutuan mengambil kira bahawa pengurusan Mkini telah bekerjasama dengan polis dan memohon maaf kepada pihak berkenaan.
Bagaiamanpun beliau berkata, adalah tanggungjawab mahkamah untuk turut mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan.
“Komen yang disiarkan menarik perhatian meluas di dalam negara dan secara global. Dakwaan berlaku rasuah dalam badan kehakiman adalah palsu,” kata beliau.
Justeru menurutnya, denda RM500,000 adalah berpatutan.
Syarikat berkenaan diberikan tempoh sehingga Rabu depan untuk membayar denda itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan