Jumaat, 5 Februari 2021

Firdaus Wong positif COVID-19

Siti Hafidah

Mohon kontak rapat jalani ujian saringan, kuarantin diri

BANGI – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengesahkan dirinya positif COVID-19, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau memaklumkan baharu sahaja menerima panggilan dari hospital berhubung perkara itu.

“Saya baru sahaja menerima panggilan dari hospital memaklumkan tentang keputusan ujian COVID-19 saya adalah positif.

“Innalilah Wa Inna Ilahi Rajiun.

“Sebagai muslim saya beriman pada Qadr dan Qadar serta Allah tidak menguji seorang hambaNya melebihi yang dia tidak mampu,” katanya.

Berikutan itu, Firdaus meminta mereka yang menjadi kontak rapat beliau menjalani ujian saringan COVID-19.

“Buat kenalan yang pernah berjumpa dengan saya dalam tempoh 10 hari yang lepas, saya mohon agar sahabat pergi jalani SWAB test dan kuarantin diri anda sehingga keputusan diperolehi.

“Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Asy-Syaafii (Zat Yang Maha Menyembuhkan). Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain, hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

“Sebagaimana keputusan COVID-19 saya positif, begitu juga saya positif menerima ujian Allah ini. Pasti ada kebaikan dan hikmahnya,” katanya.

Tiada ulasan: