Rabu, 10 Februari 2021

Boleh singkat tempoh kuarantin jika penuhi syarat Akta 342

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Jemaah Menteri juga perlu memohon kebenaran daripada Kementerian Kesihatan mengikut Seksyen 29 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

"Seksyen 29 adalah pengecualian tidak menggunakan Seksyen 15(1) tetapi kandungannya lebih kurang sama.

"Permohonan urusan rasmi dibuat Jemaah Menteri. Sebelum perjalanan kita akan lihat jadual dan jika jadual ketat dan ada doktor yang mengiringi perjalanan, kita boleh pertimbangkan tetapi ada syarat tidak membahayakan," katanya pada sidang media berkaitan COVID-19, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, perintah kuarantin itu boleh dilanjutkan sekiranya negara yang dilawati berisiko tinggi.

Seksyen 15 Akta 342 memperuntukkan seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh difikirkannya patut atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: