Ahad, 7 Februari 2021

Banjir: Jumlah mangsa di Sarawak meningkat kepada 1,002

Jumlah pusat pemindahan sementara banjir yang masih beroperasi di Sarawak setakat 
8 pagi ini kekal 14. (Gambar Facebook)

KUCHING: Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga yang melanda Sarawak sejak Selasa meningkat sedikit kepada 1,002 orang pagi ini berbanding 934 petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang masih beroperasi setakat 8 pagi ini kekal 14.

Daripada jumlah itu, empat PPS dibuka di Simunjan, satu di Samarahan dan sembilan di Serian.

Setakat ini, Serian yang terletak kira-kira 60km dari pusat bandar Kuching kekal sebagai kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir dengan 767 mangsa daripada 249 keluarga.

Tiada ulasan: