Sebanyak 3,731 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 242,452, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.Katanya, sebanyak 3,369 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 190,339 kes.
Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 51,241.
“Daripada jumlah itu 292 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 140 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.
Noor Hisham memaklumkan terdapat 15 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 872 orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan