Ahad, 7 Februari 2021

Penyelesaian Islam: Tol dan ‘road-tax’ tak perlu dicaj

MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL 
 

APABILA kita berbincang bab cukai, kita sewajarnya channelkan dengan cara Islam. Antara sistem percukaian Islam ialah zakat. Ia dipungut daripada golongan tertentu, dan diagihkan kepada golongan tertentu.

Percukaian yang ada pada hari ini, dikenakan kepada semua orang (miskin dan kaya), dihimpunkan sebagai hasil pendapatan negara, dan digunakan secara meluas termasuk luar dari konteks asnaf. Hasil bumi pula perlu diagihkan atau digunakan untuk 6 golongan yang akan dihuraikan nanti. Hasil bumi contohnya petrol, pembinaan jalan dan sebagainya.

Antara yang wajar kita bincangkan ialah tol dan cukai jalan (road-tax). Ia dikenakan kepada semua orang, miskin dan kaya. Kerajaan sepatutnya berfikir untuk meminimakan, bahkan mensifarkan kos perjalanan rakyat. Antaranya dengan menghapuskan tol dan cukai jalan.

Kalau orang bertanya, nak bina jalan, repair jalan, maintainance dan sebagainya nak cekau duit mana? Caranya ialah;

(a) Fokuskan kutipan cukai daripada golongan tertentu (ikut sistem zakat). Hasil cukai itu dibahagikan kepada 8 asnaf. Pembinaan jalan boleh diambil daripada bahagian asnaf ‘Ibnu Sabil’:

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

 (at Taubah: 60)

(b) Gunakan hasil bumi sebanyak 1/6, kerana salah satu daripada pembahagian hasil bumi juga untuk ‘Ibnu Sabil’:

مَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).”

(c) Maka bahagian ‘Ibnu Sabil’ boleh kita katakan 1/8 daripada hasil kutipan cukai ditambah lagi dengan 1/6 daripada hasil bumi digunakan untuk membina jalan, maintainance dan sebagainya. Bahkan dalam bahagian 1/6 ini kita boleh bincangkan sehingga ke penggunaan petrol.

Imam Nawawi R.A menyatakan di dalam kitab المجموع  bahawa Ibnu Sabil itu ialah:

وسمي المسافر ابن السبيل للزومه للطريق كلزوم الولد والدته

“Dan dinamakan Musafir itu Ibnu Sabil kerana mesti terikat dengan jalan, sepertimana terikatnya anak dengan ibunya.” 

Justeru, tol dan cukai jalan tidak perlu dicaj ke atas rakyat jika sumber negara diberikan keutamaan kepada sifarkan kos perjalanan sebagaimana peruntukan belanjawan dalam Islam. Dengan men’sifar’kan kos perjalanan, sudah pasti akan menggiatkan lagi aktiviti ekonomi. Insya-Allah akan dihuraikan dalam artikel akan datang.– HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: