Sabtu, 16 Januari 2021

Tutup dulu tiga sektor ekonomi jadi punca lonjakan kes Covid-19 – Najib

MGF29082020_KEPUTUSAN-PRK-SLIM12
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, sektor-sektor yang menyumbang kepada peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan kluster terbesar perlu dihentikan buat sementara waktu.

Ini kerana, dakwa beliau, yang mencetuskan bahagian terbesar jumlah kes serta kluster Covid-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PK) Bersyarat gelombang ketiga adalah sektor pengilangan, pembuatan dan tapak pembinaan.

Malah, yang dibenarkan terus beroperasi semasa PKP amat ketat, kononnya membendung gelombang ketiga juga sektor pengilangan, pembuatan dan sektor pembinaan juga.

”Kita bagi henti sekejap sektor-sektor yang menyumbang kes/kluster terbesar buat sementara sahaja. ‘Biar sistem kesihatan dan frontliners boleh bernafas seketika agar sistem kesihatan kita ada peluang pulih,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Bekas perdana menteri itu turut mempersoalkan perbezaan prosedur operasi standard (SOP) PKP dengan SOP PKPB bagi sektor-sektor tersebut.

Oleh itu, katanya, lebih elok operasi sektor-sektor berkenaan dihentikan untuk dua minggu sepanjang PKP 2.0 supaya penularan Covid-19 dapat dikawal dan PKP tidak dilanjutkan.

Dalam hantaran berasingan, Najib turut bertanya sejak bila menjual emas dan barang kemas menjadi perkhidmatan keperluan semasa PKP.

Essential service (perkhidmatan keperluan) bagi siapa?,” tanya beliau.

Soalan itu dilontarkan selepas Habib Jewels memaklumkan bilik pamerannya dibuka seperti biasa dan mengikut SOP. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: